Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewa kerana digelar sebagai seorang yang ‘tidak baik’ sehingga isu peribadi dikaitkan dengan cara dia membesarkan anaknya. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkongsi momen bersama puteri tunggalnya, Ameena Sofia. “Best momen yang paling aku rindu dengan dia. Bercerita hari dia. Apa yang dia buat, apa yang dia makan dan minum, apa dia main dengan daddy dia. Semuanya.”
Bagaimanapun, aktres itu mengakui ketika ini dia sedang menghadapi satu fasa sukar di dalam kehidupannya berikutan kontroversi yang melanda. “Bukan mudah untuk aku lalui semua ini dengan seorang anak bila aku adalah seorang perempuan yang digelar ‘tak baik’ oleh kebanyakan orang yang lebih tahu cerita dalam kain aku. “Walaupun aku bertukar kain baru yang lebih bersih tetap utuh kata-kata yang mengelar aku begitu begini sampai hari ini.”
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun ini meminta agar dia tidak lagi dihukum berkenaan isu peribadi selain menilai caranya membesarkan Ameena. “Bagilah ruang dan peluang untuk aku sekurang-kurangnya untuk jadi perempuan yang baik pada anak aku. Selak kain sendiri sekala sekala takut tak perasan kain belakang koyak rabak. Berhentilah menghukum aku dengan isu peribadi dengan bagaimana aku jaga dan besarkan anak aku. Anak aku, cara aku! Kalau kau sebagai ibu bapa tak bangun pagi dan fikir apa yang kau buat untuk bahagiakan anak kau dan ajar anak kau berjalan dilaluan yang betul, sila duduk dan tutup mulut.”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila nama Shakilla dipetik warganet susulan kontroversi seorang pelakon berstatus janda didakwa menjadi penyebab kehancuran rumah tangga pasangan suami isteri. Lebih parah lagi, apabila si isteri didakwa telah pergi ke mahkamah untuk menfailkan perpisahan terhadap suaminya. Walau bagaimanapun, Shakilla menganggap isu berkenaan tiada kaitan dengan dirinya dan menjelaskan bahawa kontroversi yang terpalit sebelum ini sudah lama diselesaikan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.