Walaupun dah tiga tahun berpisah tetap tak lupa, ramai yang puji sikap Sharnaaz Ahmad sebab titipkan ucapan sempena hari lahir untuk Nabila

Biarpun sudah berpisah tiga tahun lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak lupa dalam mengingati ulang tahun kelahiran bekas isterinya yang juga usahawan Noor Nabila. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsikan sebuah foto Nabila bersama anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad yang memegang sebiji kek dengan kapsyen ucapan hari lahir. Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 38 tahun itu berterima kasih kepada Nabila kerana telah menjadi seorang ibu yang terbaik kerana sentiasa membelikan permainan serta membawa Jebat pergi bercuti.

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat berseloroh dengan menyifatkan wanita berusia 39 tahun itu sebagai seorang yang suka membuat lawak serta mempunyai perwatakan menjengkelkan. Pada masa sama, pelakon filem Polis EVO 3 tersebut sempat menitipkan doa supaya anaknya berusia lima tahun itu dapat menjaga ibunya sehingga akhir hayat. “Terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk Jebat. Sentiasa belikan mainan dan cuti seronok. Semoga ibu sentiasa bahagia dan murah rezeki, Jebat sangat beruntung ada ibu yang kelakar dan menjengkelkan dalam masa yang sama.

Semoha Jebat Jayden boleh jaga ibu sampai kami tutup mata,” tulisnya di ruangan kapsyen. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Sharnaaz tidak ketinggalan untuk memberi ucapan hari lahir kepada Nabila selain memuji tindakan pasangan tersebut yang bersikap profesional dalam membesarkan anak. Sebelum ini, pelakon kelahiran Penang itu juga pernah membuat warga maya sebak dengan ucapan yang diberikan pada hari lahir Nabila meskipun tidak tinggal sebumbung lagi.

Komen warganet:

Untuk info, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan pada tahun 2018 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2020. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.