Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak meletakkan sasaran berapa bilangan cahaya mata yang bakal dimiliki bersama suaminya, pempengaruh media sosial, Ubai. Memetik xtra, menjawab soalan daripada peminat, Shila berkata dia dan Ubai tidak meletakkan sasaran namun bilangan anak yang dimahukannya maksimum tiga orang sahaja. Menurut Shila membesarkan anak bukan perkara yang mudah kerana perlu diberikan perhatian kepada anak-anak. Ujarnya lagi, kuantiti bukan menjadi keutamaan namun apa yang perlu diberi persediaan adalah mental, fizikal serta kewangan.
Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 4 Ogos lalu dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.