Terkejut bila dapat tahu anak berusia 8 tahun ada duit sebanyak RM1.5k, rupanya ini cara anak dia buat duit

Menyimpan duit sememangnya amalan yang baik dan sering diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil. Kalau korang ingat zaman sekolah dulu, pastinya kita akan ‘sorok’ atau simpan duit belanja untuk membeli sesuatu, baik permainan yang dijual di perhentian bas, buku cerita yang dijual di sekolah atau lain-lain. Pun begitu, seorang ibu baru-baru ini terkejut dengan jumlah ‘simpanan’ anak perempuannya yang berusia 8 tahun dan berkongsi perkara tersebut dalam sebuah group di Facebook.

Menurut perkongsian berkenaan, ibu tersebut pada awalnya membawa anaknya ke salah sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang sebelum anaknya itu membelek sebuah beg yang diminatinya. Tambah anak tersebut, rata-rata kawannya di sekolah mempunyai beg berkenaan jadi dia pun ingin memilikinya walaupun pada hakikatnya beg tersebut agak mahal iaitu RM899 dan ibu berkenaan mengatakan bahawa mereka tidak mampu. Ibu berkenaan kemudian mengalihkan perhatian anaknya tersebut dengan membawanya ke kedai berlainan untuk membeli barang keperluan sekolah lain.

Namun, sesudah membeli barangan keperluan sekolah, kanak-kanak tersebut masih berkeras ingin mendapatkan beg dan ketika inilah dia mengeluarkan wang sebanyak RM1550 daripada beg yang dibawanya. Menurut wanita berkenaan, dia tidak menyangka anaknya mempunyai wang sebanyak itu kerana duit belanja yang diberikan kepadanya ialah RM50 untuk seminggu dan wanita tersebut mengesyaki yang ribuan ringgit itu diberikan oleh suaminya, namun suaminya menafikan perkara tersebut. Alangkah terkejutnya mereka berdua selepas beberapa ketika, anak perempuannya mendedahkan bahawa dia memperoleh wang sebanyak itu dengan berjudi ketika waktu rehat di sekolah.

Menurut ibu berkenaan, dia agak terkejut dengan perkara tersebut namun tidak hairan dengan jumlah tersebut kerana rata-rata pelajar di sekolah anaknya (sekolah antarabangsa) membawa duit poket sehingga RM100 sehari. Tambahnya lagi, selain dari membawa wang yang banyak, pelajar lain di sekolah tersebut juga kelihatan sering menikmati kopi berjenama dan memesan makanan daripada penghantar makanan setiap kali waktu pulang dari sekolah. Sumber: Lobak Merah.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.