Tak sangka budak perempuan nie enggan dibebani kerja rumah setelah berkahwin

Seorang kanak-kanak perempuan di China tular selepas memberitahu ibunya bahawa dia mahu berkahwin dengan suami yang tidak menyuruhnya melakukan kerja rumah, lapor portal berita South China Morning Post hari ini. Dalam klip video yang dirakam oleh ibunya, budak perempuan bernama Fan Zhiyuan itu kelihatan sedang mencuci pinggan di dapur sambil memakai apron.

Kamu rajin buat kerja rumah. Adakah kamu akan keletihan suatu hari nanti apabila berkahwin?” tanya ibunya. Zhiyuan kemudian menjawab dengan tergagap-gagap. Saya suka membuat kerja rumah di rumah ini. Saya akan menjadi malas sekiranya membina keluarga dengan bakal suami saya.

“Bakal suami saya akan menyayangi saya. Saya bijak bukan seperti anda (ibu), mencari suami yang tidak memahami anda,” katanya sambil terus mencuci pinggan. Si ibu ketawa tanpa berkata apa-apa. Zhiyuan terus membasuh pinggan sebelum menoleh ke arah ibunya dengan tersenyum lebar.

Zhiyuan kemudian berkata bahawa ibunya mempunyai seorang anak perempuan yang manis dan dia merasakan kasih sayang setiap kali ibunya memanggil namanya. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.