Tak sangka ramai warganet yang mahu berkerja dengan Iqbal Zulkefli disebabkan ini

Usahawan kosmetik sensasi, Iqbal Zulkefli sebelum ini pernah berdepan dengan pengalaman pelik apabila pembantu rumahnya, Indah dikatakan mengamalkan perbuatan syirik serta sering bercakap dan ketawa apabila bersendirian sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober 2022.

Terkini, Iqbal menerusi hantaran di Instagram membuat perkongsian video mengenai pembantu rumah baharunya dari Filipina yang dikenali sebagai Mina serta menjelaskan alasan dirinya tidak mengupah pembantu rumah tempatan.

Akui pendapatan Mina setimpal dengan hasil kerjanya, Iqbal menitipkan rasa syukur pembantu rumahnya kini melakukan kerja dengan baik tanpa perlu diarah. Di ruangan, rata-rata netizen dilihat memuji sikap Iqbal yang menghargai pembantu rumah dengan membelikan pakaian dan alat solek, malah ramai yang mahu ‘apply’ sebagai pembantu rumah usahawan dan bekas peserta Big Stage 2022 ini.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.