Abg Tesla sekali lagi kena kritik dengan warganet, kali ni dia buat konten kutuk makanan budu

Nama pempengaruh media sosial sensasi iaitu Abang Tesla sekali lagi dikritik warganet selepas memuat naik konten video bersama isteri pertamanya, Nurmajdina di Instagram. Menerusi sepotong video yang dikongsikan, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam bersama isterinya pergi ke sebuah restauran yang menyediakan makanan popular pantai timur iaitu budu. Nurmajdina dalam video berkenaan kononnya mengajak Abang Tesla untuk mencuba makanan tersebut meskipun suaminya sudah menyatakan tidak menggemari budu. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, apa yang mengundang rasa kurang senang warganet adalah bahasa yang digunakan Abang Tesla untuk memanggil isterinya dengan perkataan ‘kau, aku’. Rata-rata warganet menyelar tindakan pempengaruh berasal dari Johor itu dengan menyifatkan dia bersikap biadap dan tidak menghormati isterinya. Kata warganet, meskipun ia sekadar konten, Abang Tesla seharusnya bersifat lebih sensitif untuk menjaga hati isterinya itu. Malah, ada juga segelintir yang menyifatkan konten berkenaan sebagai ‘sampah’.

Terdahulu, nama Abang Tesla kecoh menjadi bualan ramai selepas dia mengumumkan bernikah sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah.

Sumber: Instagram