Tular cerita Aniq Suhair hamilkan seorang gadis, tak boleh berdiam ini tindakan dari tuan badan

Pelakon kacak, Aniq Suhair menyifatkan tuduhan dia menghamilkan dan meminta seorang gadis mengggrkan kandungan sebagai berniat jahat. Menerusi perkongsian di Instagram, Aniq Suhair atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasinya. “Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah salah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.”

Dalam pada itu, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu berkata, dia telah mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi nama baiknya dan keluarga. “Saya telah pun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman. Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih.”

Terdahulu, kecoh di laman TikTok apabila seorang wanita mendakwa dirinya telah hamil anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan seorang pelakon kacak yang namanya sedang meningkat naik. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.