Tak teragak untuk ambil tindakan undang undang, Shila Amzah desak kekasih Syafiq untuk keluar dari rumah dia

PENYANYI Shila Amzah meminta seorang wanita dikenali sebagai Eiza agar keluar daripada banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, turut memberi tempoh sehingga Jumaat ini bagi wanita yang dipercayai kekasih adiknya iaitu Amir Syafiq untuk keluar dari rumah berkenaan. Kata peserta program Famili Duo musim 3 (FD3) ini, dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika individu itu berdegil.

“Assalamualaikum teruntuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat itu, sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera!” katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis. Dalam pada itu, Shila berkata, Eiza berpindah masuk ke banglo itu tanpa kebenarannya malah sejak tahun lalu pernah meminta wanita itu keluar melalui ibunya, Fauziah Sarman.

Malah Shila turut memberi amaran agar wanita itu tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dirinya dan keluarga di media sosial atau berdepan tindakan. “Satu lagi kata tentang diri saya dan keluarga saya di akaun sosial media awak… Saya akan hantar surat tuntutan kepada awak. “Sha dah pernah beritahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya,” ujarnya. Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut. Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.