Boss Susu luah kan rasa kecewa denga Gegar vaganza bersikap tak acuh siar kan iklan, sekali ini komen dari Ds Vida

Kalau korang masih ingat, sebelum ini, program Gegar Vaganza pernah ditaja oleh dua usahawan terkenal iaitu Dato’ Seri Vida dan juga Datuk Aliff Syukri sebelum ‘Boss Susu’ yang mewakili Farm Fresh pula menjadi penaja utama program tersebut. Namun begitu, Boss Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal ada meluahkan rasa kesalnya apabila pihak produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dikatakan bersikap acuh tak acuh berhubung tayangan iklan produk keluarannya ketika siaran langsung program tersebut. Menerusi perkongsiannya di Facebook, Azmi berkata pembabitan mereka sebagai penaja bagi program itu bukanlah sekadar meraih populariti tapi sebaliknya untuk meningkatkan jualan produk.

Meskipun iklan yang disiarkan hanya satu minit sahaja ketika acara berlangsung, pihak produksi juga diminta bertanggungjawab dalam menjaga rakan penaja sepertinya ini. “Bukan senang nak jual susu ni. Aku ada 1 minit je untuk dapatkan perhatian 6 juta penonton.  Jangan anggap klip video saya itu picisan dalam konsert ini. Buat acuh tak acuh saja. Sudah ambil kita sebagai penaja kenalah pandai jaga… Saya taja kerana bisnes untuk naikkan jualan bukan glamour,” katanya.

Malah katanya lagi, pada minggu kelima lepas, klip videonya telah disiarkan separuh jalan akibat kesilapan teknikal daripada pihak produksi. Tambahnya lagi, ia bukan kerja mudah untuk mengeluarkan wang yang banyak bagi membayar pihak stesen televisyen swasta tersebut. Isu berkenaan kemudian mendapat perhatian Dato’ Seri Vida yang tinggalkan komen di sebuah portal hiburan mengatakan itulah apa yang dia alami selama menjadi penaja kepada program tersebut. Katanya lagi, ia juga menjadi sebab mengapa dia tidak mahu menaja program itu lagi kerana dia tidak boleh banyak bercakap kerana masa yang diberikan hanya 1 minit sahaja.

“Ha ha… baru rasa. Ini la sebab saya tak nak sponsor. Nak cakap banyak tak boleh. Hanya 1 minit jer. Tu pun tak boleh promot. Maka lebih baik simpan pitih,” katanya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.