Tak nak terima wang tanpa melakukan kerja, individu ni tolak bantuan dari Aisar Khaled

Selepas kisahnya dibelenggu hutang RM1.2 juta tular di media sosial, seorang pemuda tolak bantuan pempengaruh media sosial, Aisar Khaled yang ingin meringankan bebanannya. Sebelum ini, Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut mendapat perhatian selepas terjebak dengan hutang tersebut sehingga terpaksa menjual rumahnya dan tinggal di dalam kereta. Ramai individu tampil membantu pemuda berusia 27 tahun itu dengan menggunakan servisnya seperti membersihkan kediaman, menghasilkan poster dan banyak lagi. Klik sini untuk lihat video.

Seperti orang ramai, pempengaruh media sosial Aisar Khaled juga mahu memberikan bantuan kepada Ariff namun pemuda itu tidak mahu menerima wang tanpa melakukan kerja. Menerusi satu video yang dikongsi di laman Instagram, Aisar dilihat bertemu dengan Ariff dalam kereta yang menjadi rumahnya sejak dua tahun lalu untuk memberikan bantuan kewangan. Namun begitu, Ariff menolak bantuan tersebut dan meminta Aisar untuk memberikan wang berkenaan kepada orang yang lebih memerlukan kerana baginya, apa yang dia ada buat masa ini sudah mencukupi.

Malah, Aisar mendedahkan sebelum ini dia pernah menghubungi Ariff bagi menawarkan kediaman namun ditolak kerana dia berjanji dengan bapanya untuk melangsaikan hutang itu dengan sendiri. Ariff berkata, dia dibelenggu hutang kerana menerima tawaran untuk menjadi muka depan kepada satu syarikat pelaburan mata wang digital. Namun disebabkan kejatuhan mata wang digital, pihak syarikat tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan Ariff yang mengambil keputusan untuk menggalas kesalahan itu.

“Paling penting dalam hidup ni susah cari duit. Saya taknak ada masalah dekat akhirat, cukup ada masalah di dunia. Saya bayar dengan aset saya, rumah saya dan dengan kereta saya ni saya bangun balik,” kata Ariff. Bagaimanapun, Ariff tidak mahu menerima bantuan kewangan kerana itu merupakan kesilapannya dan dia harus bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan terbabit. Susulan itu, Aisar faham kehendak Ariff dan memberikan wang sebanyak RM5,000 kepadanya dengan balasan dia memberikan servis kepada pengikut di media sosial. Menurut Ariff, dia masih mempunyai hutang sebanyak RM90,000 namun hutang itu mungkin akan selesai dibayar dalam tempoh terdekat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.