Datuk Aishah tersingkir dari Gv, ucapan dia selepas tersingkir tu macam kurang berpuas hati dengan keputusan

Nama penyanyi senior Datuk Aishah kembali hangat diperkatakan ramai di media sosial, baru-baru ini. Terbaharu, Aishah tersingkir dari pentas sebuah pertandingan, pada Ahad. Pada konsert tersebut, Aishah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Terlanjur Cinta berduet dengan penyanyi Vince dikatakan gagal memikat hati juri sehingga menyaksikan dia gagal melangkah ke pusingan seterusnya. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah selepas diumumkan dirinya tersingkir, Aishah memberi ucapan di atas pentas.

Apa yang membuat penonton kurang senang adalah ucapan tersebut seolah-olah menunjukkan pelantun lagu Camar Yang Pulang itu kurang berpuas hati dengan keputusan tersebut. “Saya rasa ramai juga doa orang di sana dah makbul tengok saya keluar tapi anyway terima kasih kepada semua. Saya happy esok boleh tidur. Terima kasih semua,” ucapnya ringkas. Ternyata ucapannya itu membuat ramai mempersoalkan mengapakah seorang legenda mengeluarkan ucapan seolah menyindir warganet yang tidak suka dengannya di atas pentas.

Menjengah ke media sosial, rata-rata warganet mengkritik ucapan Aishah dan menyifatkan ia sebagai tidak profesional bagi seorang penyanyi senior berkata demikian. Malah, ada juga berpesan agar lebih profesional dan tenang menerima apa jua keputusan kerana itu adalah adat pertandingan.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.