SUSULAN pendedahan pemilik kedai makan mengenai dakwaan mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut, usahawan selebriti Ekin tampil menjawab kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan. Menurut Ekin atau Nora’ Asikin Rahmat, 44, dia bersama ahli keluarganya berkunjung ke restoran berkenaan seramai 16 orang dan bukanlah 20 orang seperti didakwa pemilik berkenaan. “Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala.
“Sebenarnya resit asal yang dia berikan kepada saya pada hari berkenaan tidak sama seperti yang dia jelaskan di media sosial. Resit asal tiada pun menerangkan secara terperinci setiap hidangan yang kami makan. “Jika dari awal lagi dia sudah jelaskan setiap perincian harga mungkin tidak menjadi isu,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Sebelum itu, wanita dipercayai pemilik kedai mendedahkan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi itu datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya pada Sabtu lalu.
Dalam video dimuat naik di Facebook, pemilik kedai berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap mereka. Menerusi perincian tersebut, mereka dikatakan membuat pesanan seperti pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong. Munurut Ekin lagi dia turut mendapatkan pandangan beberapa rakan lain yang juga bersetuju terhadap caj berkenaan keterlaluan dan tidak setimpal dengan jumlah hidangan. “Ketika dapat tahu harga itu saya sudah mula rasa pelik. Kemudian ada juga bertanya kepada orang lain dan saya diberitahu harga itu agak melampau.
“Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tidak cakap. Katanya order sahaja dan kemudian baru kira. Kami niat baik nak bantu peniaga kerana ketika itu kedainya tidak ramai orang berbanding tempat biasa kami pergi,” ujarnya. Sementara itu, Ekin memberitahu dia memadamkan perkongsian dimuat naik di media sosial selepas ramai yang memberikan komen dan menghantar mesej berkongsi perkara sama berlaku di restoran berkenaan. “Ramai yang sudah terkena, sebab itu saya padam gambar tersebut. Kami tak mahu ia menjadi isu besar sehingga nanti boleh jejaskan perniagaan di restoran itu.
“Bagi saya apa yang telah dikongsi sebelum ini adalah hak sebagai pengguna. Restoran itu juga tidak meletakkan tanda harga pada menu ketika kami makan di sana,” jelasnya. Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran di media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,260 yang disifatkannya cekik drh oleh pemilik sebuah kedai makan. Katanya, sebagai anak jati Johor yang biasa menikmati makanan di sekitar tempat sama tidak pernah dikenakan harga yang tidak berpatutan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.