Ramai yang sedih masa berniaga kali terakhir, terkini tiktok shop di Indonesia rasmi ditutup

Aplikasi TikTok menjadi antara aplikasi paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Selain menonton video pendek dan video live, pengguna juga boleh membeli-belah di platform media sosial itu melalui ruangan TikTok Shop. Bagaimanapun, TikTok Shop menghentikan perkhidmatannya di Indonesia secara rasmi semalam berikutan peraturan perdagangan kerajaan Indonesia baru-baru ini yang melarang transaksi e-dagang langsung di platform media sosial. Klik sini untuk lihat video.

“Keutamaan kami adalah untuk kekal mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Justeru, kami tidak lagi membenarkan proses transaksi e-Dagang di TikTok Shop Indonesia dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa pada masa akan datang,” kata TikTok dalam satu kenyataan. Susulan penutupan itu, ramai peniaga-peniaga yang sedang live jualan untuk kali terakhir di TikTok mula berasa sedih kerana tidak dapat lagi mempromosi produk-produk mereka kepada pelanggan setia di platform itu.

Malah, ada yang runsing dengan penutupan itu kerana selama ini hanya bergantung di TikTok Shop. Bukan itu sahaja, penutupan TikTok Shop juga memberi kesan kepada mereka yang membuat affiliate sebagai pendapatan sampingan. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan mengumumkan bahawa negara itu akan melaksanakan peraturan baharu yang membenarkan media sosial digunakan hanya untuk memudahkan promosi, dan bukan untuk melakukan transaksi.

Difahamkan, platform itu mempunyai 113 juta pengguna di Indonesia, menjadikan negara tersebut sebagai pasaran terbesar kedua TikTok di belakang Amerika Syarikat yang memiliki 116.5 juta pengguna. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.