Hafiz Suip tukar warna rambut hijau jadi perhatian, tak sangka ada pulak warganet yang komen macam ni

Sekian lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip tukar rambut hijau sehingga menarik perhatian warganet yang tinggalkan pelbagai komen. Menerusi beberapa perkongsian di Instagramnya, Hafiz memuat naik gambar menunjukkan perubahan imej rambut baharu berbanding sebelumnya yang berwarna hitam. Salah satu perkongsian memaparkan penyanyi berusia 33 tahun itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sebuah resort di Kuala Terengganu pada minggu lalu.

Selain itu, Hafiz juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin disamping berterima kasih kerana telah menjemputnya untuk membuat persembahan. “Tahniah buat kedua mempelai, semoga berkekalan hingga ke jannah… terima kasih dia atas jemputan… Inshallah umur panjang, kita berjumpa lagi,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, warganet mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Awan Nano itu mengubah warna rambutnya.

Namun begitu, tidak ketinggalan ramai yang memuji stail rambut tersebut yang dianggap seperti salah satu karakter animasi Jepun, Zorro. Sebelum ini, Hafiz pernah beberapa kali menyertai tabligh dan membawa imej Islamik sehingga meraih pujian daripada warga maya. Bagaimanapun, dia belum memberikan kenyataan berhubung perubahan imejrambut berkenaan sama ada stail untuk lagu baharu ataupun sebab lain. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.