Baru 3 bulan kahwin ada yang tuduh dia mandul, tak boleh berdiam ini pula respon dari Watie

SUSULAN kenyataan belum sedia menimang cahaya mata sendiri, isteri pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib dituduh warganet sebagai mandul. Menjawab komen jahat berkenaan, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, 35, berkata, sebagai manusia biasa dia menerima segala ketentuan ditakdirkan kepadanya berhubung soal zuriat. Kata Watie, dia baharu sahaja tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Shuib dan sebagai seorang Muslim dia percaya dengan perancangan ditetapkan Allah SWT buatnya.

“Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi, Alhamdulillah… Kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur,” katanya. Watie berkongsi perkara itu sebagai membalas komen netizen yang mendakwa dia mandul kerna masih belum hamil selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. “Cakap je lah kau tu dah mandul kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat-cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi,” komen individu berkenaan.

Dalam pada itu, Watie berkata, jika ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sendiri, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai empat anak tirinya. “Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang. Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak,” katanya. Watie sebelum ini memaklumkan yang dia belum merancang atau berbincang untuk menimang cahaya mata sendiri bersama suami. Watie berkata, ketika ini fokusnya adalah menjaga dan membesarkan empat anak tirinya yang memerlukan perhatian seorang ibu.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan sebelum ini, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun. Dalam perkembangan lain, Watie dan Shuib bakal bergandingan dalam program relalti masakan Dapur Tempur Selebriti yang bakal ditayangkan di TV9 dan Tonton bermula 18 November ini.

Selain Shuib dan Watie, program empat episod itu turut disertai oleh ramai selebriti lain antaranya Bella dan ibunya Zarina Salleh, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay). Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.