Nekad nak ikat peranakan lepas dapat sepasang cahaya mata, tapi ini pula jawapan dari Nabil Mahir

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menangis terharu selepas mendengar jawapan daripada suaminya, Nabil Mahir yang tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) iaitu ‘mengikat peranakan’. Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat, bercadang untuk mengikat peranakan selepas mempunyai sepasang cahaya mata. Namun begitu, Nabil tidak mahu Ayda melakukan hal sedemikian kerana dia tidak kisah memiliki ramai zuriat.

“Baru 2 hari lepas saya tanya Nabil ‘dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby lagi kalau ada rezeki?’ Nabil jawab, ‘Tak nak ikat.’ Saya kata ‘Wow! Nak berapa ramai?’. Nabil cakap ‘2 pun alhamdulillah cukup, tapi tak payah ikat. Nanti kalau I tiada, kalau you kahwin lain mana tahu suami baru nak ada anak dengan you..’” Lebih tersentuh, Nabil turut berkata dia tidak mempunyai masalah seandainya Ayda mahu berkahwin lagi sekiranya dia sudah pergi menghadap illahi. Tambah Nabil, pasti lelaki tersebut mahukan zuriat bersama kelak.

“Sis pun terdiam. Lepastu pura-pura ketawa (dalam hati nangis banjir) macam mana dia boleh fikir macam itu. I will always love you.” Menurut Ayda, dia menahan air mata sebaik sahaja mendengar penjelasan Nabil. Jelasnya lagi, dia tidak terlintas bagaimana suaminya boleh berfikiran seperti itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.