Keputusan undur diri bukan gimik, Elly Mazlein akui keputusan dibuat atas kehendak sendiri

SELEPASĀ mengumumkan pengunduran diri daripada mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), pengacara Elly Mazlein akhirnya memberikan penjelasan berhubung keputusannya itu. Menafikan ia hanya gimik semata-mata, Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri dan bukan permintaan Astro. “Ini semua bukan salah Astro. Ini bukan gimik seperti yang diperkatakan. Inilah kenyataan di mana Kak Lina sudah pun tinggalkan ASGV buat selama-lamanya.

“Ya, tiada lagi. Ini semua keputusan dari saya sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Instastory pada malam Selasa. Walaupun rata-rata peminat berasa kecewa akan pengumuman itu, Elly berharap supaya orang ramai dapat memberikan sokongan berterusan kepada program dan penyanyi yang sedang bertanding. “Untuk bintang-bintang, Kepom akan sentiasa menyokong kalian… buat yang sehabis baik ya,” pesannya. Tambah Elly, keputusan menarik diri daripada program itu tiada kaitan dengan hal rumah tangganya atau spekulasi dia sedang berbadan dua.

“Kepom tidak mengandung. Kepom dan suami baik-baik sahaja. Alhamdulillah, Kepom dan anak-anak baik-baik sahaja. Itu bukan mengandung, itu buncit awak,” ujarnya. Dalam masa sama, Elly turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang terus memberikan kata-kata semangat terhadap dirinya. “Terima kasih di atas kata-kata semangat dan kasih sayang. InsyaAllah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti ya,” ujarnya. Sebelum ini, Astro mengumumkan Elly menarik diri daripada mengacarakan program itu disebabkan mempunyai urusan peribadi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.