Terkejut tengok jalan rosak akibat Vandalisme, reaksa spontan dari Jebat Jayden buat ramai yang terhibur siap kaitkan dengan Israel

Anak kepada selebriti Noor Nabila, Jebat Jayden tampil jadi perhatian orang ramai selepas melihat reaksinya yang terkejut tengok jalan yang rosak. Menerusi perkongsian di TikTok, Rosix telah memuat naik video Jebat bertanya kepada Nabila siapa yang buat jalan itu rosak. Lebih mencuit hati, si cilik itu terus berseloroh dan mendakwa kerosakan atau vandalisme itu berlaku akibat Israel. “Apa tu mommy? Israel ke buat? Nak rosakkan jalan je Israel ni,” katanya. Geli hati dengan reaksi spontan itu, Nabila turut kedengaran terhibur dan menyuruh anak lelakinya bersabar. Klik sini untuk lihat video.

“Sabar baby sabar,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geli hati dengan gelagat si kecil itu. Malah, ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan sikap Jebat yang prihatin dengan isu semasa. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.