Nadia Brian tak tolak kalau dipertemukan jodoh dengan duda, tapi ini syarat yang dia tetapkan

PELAKON Nadia Brian tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang sudah pernah berkahwin mahupun memiliki cahaya mata. Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, bagaimanapun berkata dia mahukan yang bujang kerana enggan menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga wanita lain. “Kalau boleh nak yang memahami dan ada persefahaman, kalau boleh tak nak suami orang kerana saya tak nak jadi penyondol dan disondol. “Saya tak nak timbul masalah dikemudian hari, saya nak dia jelaskan dulu status dia… bujang atau suami orang!

“Tapi saya tidak menolak sekiranya dia duda atau ada anak. Saya tidak memilih, janji ada persefahaman,” katanya. Berkongsi mengenai status dirinya, Nadia berkata hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki. Kata Nadia dia terlalu sibuk berkerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan mana-mana lelaki termasuklah kenalan. “Tak adalah (Tidak serik berkahwin)… masih lagi mencari bukan memilih. Saya mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak dating atau berjumpa. “Mungkin selepas selesai kerja atau tidak sibuk… InsyaAllah doakanlah saya berjumpa jodoh dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekati dirinya. “Saya kalau berkawan dengan lelaki akan maklumkan yang kami sekadar berkawan sahaja. Takkan saya nak terus jalinkan hubungan. Saya pun tak nak hubungan yang lepas terjadi lagi. “Saya akan pastikan kami akan berkawan dulu… kalau ada jodoh atau apa pun saya tak tahu tapi sekarang ini masih belum ada yang serius lagi,” kongsinya.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka berpisah pada April 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.