Masih tahu batas sebagai isteri, karakter Kak Lina itu diwujudkan sebab kendalikan program hiburan

Pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom berkata dia menerima setiap pendapat yang mengkritik caranya mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Memetik Harian Metro, Elly berkata dia bukan saja dikritik oleh warganet di media sosial, malah artis dan juga pengacara lain. “Saya menghormati semua pendapat, tak kisahlah siapa pun termasuklah daripada artis, pengacara atau pelakon. Malah, daripada mereka yang pernah mengacarakan satu program dengan empat hingga lima pengacara. Pada saya, saya sayang anda semua,” katanya.

Sementara itu, Elly berkata karakter Kak Lina itu diwujudkan ketika mengendalikan program hiburan kerana baginya dia perlu mempelbagaikan watak. Kalau 24 jam saya bawakan watak Kak Lina Pom Pom pun, penat juga. Kalau di rumah, saya seperti biasa dengan watak diri saya begini. Cumanya, bila saya dah berada di atas pentas, saya kena pelbagaikan watak sebab kita mengendalikan program hiburan,” katanya. Dalam pada itu, Elly berkata dia tahu batasnya sebagai seorang isteri dan mengambil setiap teguran dengan terbuka untuk perbaiki kekurangan tersebut.

“Saya tahu, saya isteri orang. Jadi, sebab itulah saya saya tak pernah sentuh peserta lelaki di pentas, tetapi cuma ‘menggelitat’. Tapi, bila ada orang tegur, kita kena terimalah teguran itu dan perbaiki kekurangan. Semua orang ada hak masing-masing untuk menegur,” katanya. Sebelum ini, perkongsian pengacara, Che Puan Sarimah menjadi perhatian menulis hantaran di aplikasi X mengenai program yang diacarakan tiga pengacara itu selepas konsert minggu pertama ASGV. “Hmm.. Kenapalah kena ada ramai sangat? Maksud saya seorang okay, dua orang okay. Tiga………,” tulisnya.

Bagaimanapun, Sarimah mengatakan perkongsiannya itu adalah mengenai hubungan cinta. Kemudian pagi tadi, Sarimah dilihat ada memuat naik ciapan bertanya sama ada, ada pihak yang terasa dengan hantaranya itu. “Erm… Kita sembang pasal cinta. Tapi, adakah yang terasa?” tulisnya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.