Lepas jadi dj radio, kali ni Khairy Jamaluddin muncul dengan review produk makanan buat ramai yang terhibur

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat penglibatannya dalam iklan produk makanan popular. Perkara terbabit telah dikongsikan oleh penyampai Hot FM itu menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam. Dalam perkongsian tersebut, KJ kelihatan sangat teruja untuk mempromosikan produk jenama tempatan itu kepada orang kampung bahkan lakonannya juga tidak kekok. Klik sini untuk lihat video.

“Memandangkan saya tengah free, dengan berbesar hati saya terima tawaran itu. Kambing untuk rakyat! Citarasa hotel, harga warung,” katanya. Kagum dengan sikapnya yang merendah diri dan mesra rakyat, perkongsian itu telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen. Malah, ada juga yang meluahkan rasa terhibur melihat KJ yang semakin ligat dan selesa menceburi pelbagai cabang dalam industri hiburan tanah air.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.