Mampu tersenyum lepas kehadiran Zulaikha, Fizi Ali titipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran isteri

SEMPENA¬†ulang tahun kelahiran isteri yang ke-30, penyampai radio Fizi Ali menitipkan ucapan istimewa buat insan disayangi iaitu Siti Zulaikha. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meluahkan rasa syukur kerana kehadiran Zulaikha memberikan kebahagian yang sangat bermakna buat dirinya dan anak-anak. “Selamat hari lahir sayang. Terima kasih untuk semuanya kebahagiaan yang awak bagi pada saya, pada anak-anak,” katanya. Fizi meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis. Dalam pada itu, Fizi turut mengimbas janji yang pernah dibuat Zulaikha untuk mengembalikan semula senyuman dan kegembiraan yang telah hilang sebelum ini.

Kata Fizi, sejak kedatangan Zulaikha senyumannya muncul semula dan dia kembali gembira melalui kehidupannya. “Saya ingat satu janji awak. Awak akan buat saya tersenyum balik dan ya Alhamdulillah senyuman itu datang balik apabila kembali dalam hidup saya. Terlampau banyak saya nak katakan tapi saya tidak pandai menulis. Cuma satu sahaja, terima kasih menjadi bidadari saya. Selamat ulang tahun. Maaf tidak ada sambutan. Sayang awak. “InsyaAllah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak,” ujarnya.

Pada 23 Oktober lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha. Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018. Namun pasangan itu berpisah pada Disember 2021. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama perempuan yang diberi nama Ameena Sofia, 4 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.