Lucinta Luna tampil buat pengakuan dah kahwin dengan Alan di Thailand, tapi ini punca dia failkan untuk berpisah

PERSONALITI media sosial transgender sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan dia sebenarnya sudah berkahwin dengan teman lelakinya dikenali sebagai Alan di Thailand. Bagaimanapun Lucinta mendakwa Alan mula berubah sikap sejak mereka berkahwin dan bersikap dingin terhadapnya sejak menerima hadiah sebuah komputer riba. Lucinta memberitahu dia berasa seperti seorang hamba kerana Alan sibuk bermain permainan video menggunakan komputer riba sehingga mengabaikannya.

Disebabkan itu, Alan sudah tidak mempedulikan tentang dia dan mahu menuntut pisah. Sebelum ini Lucinta memberitahu pertunangannya dengan Alan sekadar content dan meluahkan hasrat mahu bertaubat. Dalam pada itu, Lucinta memberitahu sudah move on daripada Alan namun tidak pula mendedahkan tentang kehamilannya yang didakwa sebelum ini. Perkembangan terbaharu Lucinta mengenai Alan membuatkan ramai mula berasa meluat dengan drama yang dicipta malah tidak mempercayainya. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia.

Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.