Lufya Omar lama tak kongsikan pasal anak di ig jadi tanda tanya warganet, tak sangka rupanya 2 minggu ank kurang sihat sampai kurus

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar sering memuat naik foto dan video bersama puteri tunggalnya, Laana Haura. Namun, sejak kebelakangan ini, dia dilihat jarang memuat naik mengenai anaknya menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet. Susulan itu, Lufya tampil menjelaskan bahawa anaknya itu berada dalam keadaan tidak sihat dan mengambil keputusan untuk tidak kemaskini mengenai Haura buat masa sekarang. “People been asking why lama tak tengok Haura kat IG? For now i decided not to post anything about her.

“Since she down with a bad fever. It’s so frustating tengok anak sakit macam tu. 2 minggu jugak nak baik sampai kurus,” kongsinya. Malah, Lufya juga menyatakan anaknya itu sentiasa selamat di bawah jagaannya dan memohon orang ramai mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat mereka. “So when u ask about her… she will always be safe with me. InsyaAllah doakan keselamatan dan kesejahteraan kami,” tulis Lufya. Untuk rekod, Lufya pernah berkahwin dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun berpisah pada 17 Jun 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.