Pelakon, Mawar Rashid mengakui dirinya ‘hanyut’ dan berada dalam keadaan yang keliru selepas mengambil keputusan untuk membuka hijabnya beberapa minggu yang lalu. Menerusi hantaran Instagram (IG) Story, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menjelaskan dirinya kini sedang berjuang untuk melawan rasa keliru yang ada dalam dirinya itu. Pelakon berusia 28 tahun itu juga memohon ampun selain berdoa agar Allah mengembalikan dirinya yang dahulu.
“Ya Allah ya tuhanku, kembalikanlah diriku yang dahulu. Aku sangat keliru, sesat dalam dunia ini. Aku sedang berjuang, dan aku akan sentiasa berjuang.” Dalam pada itu, pelakon drama ‘Suamiku Paling Sweet’ itu juga meminta orang ramai untuk mendoakannya. “Mohon anda semua doakan saya juga ya.” Sementara itu, hasil tinjauan yang dibuat mendapati ibu kepada tiga orang anak itu telah pun memadam gambar tidak berhijab yang dikongsikannya sebelum ini. Terdahulu, Mawar telah mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik gambar dirinya tidak lagi mengenakan tudung.
Menerusi kapsyen yang ditulis, dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk beristiqamah namun gagal. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.