Berjaya turunkan berat badan 7kg dalam masa seminggu, tak sangka rupanya ini yang Hael Husaini amalkan

Demi mendapatkan sosok badan yang kurus untuk drama lakonan sulungnya, My Famous Ex-Boyfriend, penyanyi Hael Husaini mengamalkan diet makan sayur. Jelas Hael, dia perlu menurunkan berat badannya cuma dalam tempoh seminggu sebelum memulakan penggambaran. “Saya hubungi Nabila Huda untuk bertanya pendapatnya mengenai kewajaran menerima tawaran ini. Dia nasihatkan saya terima… Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, saya kena cuba.

“Jadi, sepanjang seminggu, menu saya hanyalah sayur. Saya berjaya turunkan berat badan daripada 57 kilogram (kg) kepada 50kg,” ujarnya kepada media. Dalam pada itu, Hael tidak menyangka dipanggil untuk sesi ujibakat untuk watak Haqie Zuhal dalam drama arahan Hadith Omar itu. “Waktu masuk ke bilik ‘casting’, saya terkejut lihat banyak kamera di hadapan. Lalu, saya diminta untuk membaca petikan skrip. “Selesai baca, pengarah tepuk tangan dan beritahu, saya adalah calon yang dicari. Dalam keadaan terkejut, saya terima tawaran mereka,” katanya. My famous Ex-Boyfriend bakal menemui para penonton Astro mulai 23 Oktober setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104).

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.