Penduduk Gaza kini menghadapi masalah bekalan air dan elektrik, salah seorang doktor warga Malaysia kongsikan keadaan di sana

Konflik yang tercetus antara Palestin dan Israel telah mengorbankan beratus nyawa penduduk di sana. Selepas beberapa hari disrng secara berterusan, penduduk Gaza kini menghadapi masalah bekalan air dan elektrik. Salah seorang warga Malaysia yang berada di Gaza, Dr Nurul Ain Latif berkongsi sebuah video mengenai situasi genting di sana. Menurut Dr Nurul Ain, dia dan keluarganya selamat daripada srngan tentera Israel namun kini terpaksa mencari sumber air dan elektrik demi kelangsungan hidup. Klik sini untuk lihat video.

Katanya, dia menggunakan bateri kereta sebagai sumber tenaga untuk mendapatkan liputan internet dan sumber air pula dari tangki yang terbiar. Dalam perkongsian sama, Dr Nurul Ain yang berkahwin dengan warga Palestin mengakui tidak mendapat tidur yang cukup kerana serangan bom bertubi-tubi sejak malam sebelumnya. “Kalau boleh nampak sebelah sana ada asap hitam tu, (tempat) itu baru sekejap kena bom,” katanya. Ujarnya, untuk penduduk yang tidak ada rumah atau rumah mereka musnah akibat dibm, ada di antara mereka menumpang mana-mana binaan kosong bersebelahan rumah keluarganya.

“Ada yang duduk dekat kawasan sini, sebahagian yang berlindung di bangunan sekolah dan ada yang melarikan diri ke rumah saudara mara ataupun kawan-kawan. Teruskan menyokong kami, doakan kami. Insya-Allah semua akan okay. Terima kasih semua,” katanya lagi. Wisma Putra melaporkan seramai lima rakyat Malaysia dikenal pasti berada di Semenanjung Gaza dan dalam keadaan selamat. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir berkata kerajaan sedang berusaha menyegerakan proses evakuasi ke atas lima individu berkenaan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.