Tular video wanita dari Brunei mirip Shila Amzah, sekali Ubai punya komen jadi tumpuan ramai

Tular baru-baru ini di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang dikatakan mirip penyanyi popular Shila Amzah. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna yang juga penata rias memuat naik hasil solekannya untuk seorang wanita bagi sebuah majlis di Brunei. Lengkap berbusana tradisional negara Brunei beserta solekan yang anggun, ternyata wanita tersebut menjadi tumpuan warga maya.

Manakan tidak, wajahnya selepas disolek sungguh mirip penyanyi Shila Amzah. Lebih menarik, cara senyuman wanita itu juga boleh dikatakan seakan pelantun lagu Tiada Dirimu itu. Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata warga maya tergamam apabila mengatakan wajah wanita tersebut mirip Shila Amzah. Malah, ada juga yang menyangka wanita tersebut adalah Shila Amzah. “Wow u look like Shila Amzah,” komen seorang pengguna. “Fikir Shila Amzah pakai pakaian Brunei,” tulis warganet.

“Ini baru betul pelanduk dua serupa. Tak ada beza langsung dengan Shila ni,” luah seorang warganet. “Ingat Shila Amzah tadi,” komen seorang wanita. “Wow..memang sama macam Shila Amzah,” komen warganet. Lebih menarik, suami kepada Shila Amzah iaitu Ubai turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut. “Eh wife saya jadi orang Brunei,” komen Ubai. Menurut penata rias tersebut, ramai yang bercakap-cakap mengenai wajah pelanggannya itu mirip dengan Shila Amzah.

Dalam perkongsian berlainan, penata rias itu turut memuat naik wajah wanita tersebut sebelum disolek. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 157,000 tontonan dan 600 komen.. Untuk info, Shila Amzah dan adiknya iaitu Syahir Amzah kini sedang bertanding dalam Famili Duo musim ketiga.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).