Nadia Anuar sahkan rumahtangga yang dibina 8 tahun sudah pun berakhir

Pengacara jelita, Nadia Annuar mengesahkan rumah tangga yang dibinanya selama hampir 8 tahun bersama usahawan, Hafiz Salleh sudah pun berakhir. Pendedahan itu dibuat sendiri Nadia menerusi satu video yang dimuat naik Nona di TikTok. Namun begitu, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perpisahannya dengan bekas suami. “Saya single tapi tak available. Buat masa ini saya berhenti berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.” Klik sini untuk lihat video.

Tambah pengacara berusia 39 tahun itu lagi, ibunya yang juga merupakan usahawan terkenal iaitu Zaiton Hassan menasihatkan agar dirinya fokus membahagiakan dirinya sendiri terlebih dahulu. “Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak. Saya memiliki sepasang cahaya mata. Saya akan fokus memberikan apa yang mereka perlukan. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada untuk mereka disaat mereka memerlukan saya.”

Sekadar info, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7. Untuk rekod, perkahwinan bersama Hafiz merupakan perkahwinan Nadia yang kedua selepas berpisah dengan suami pertama, Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi pada Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu pula, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.