Walaupun dah berpisah tapi masih ada akaun palsu yang ganggu, sekali Puteri Sarah punya respon tu buat ramai yang puas hati

Meskipun sudah berpisah dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof namun aktres Puteri Sarah Liyana tidak henti mendapat pertanyaan berkaitan dengan bekas suaminya di media sosial. Ketika siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah menjawab soalan yang bertanya adakah Syamsul yang melabur dalam perniagaan yang diceburinya itu. “Modal meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?

“Hello, of course la tidak. Saya rasa kan semua akaun palsu ini dia buat notifikasi (ketawa). Jadi, bila Puteri Sarah live, dia akan cepat-cepat masuk.” Bukan itu sahaja, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul ada memberitahu dia berada di set penggambaran untuk ‘scene’ waktu malam. “Oh lupa sebab tadi orang tu (Syamsul) ada bagitahu dia shooting malam ini. Jadi sebab Syamsul tak ada kat rumah kan, dia kacau Puteri Sarah. Tapi tadi suami awak voice note saya ya. Jangan marah (ketawa).”

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut mengingatkan Ira Kazar untuk memeriksa ‘call log’ telefon Syamsul. “Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan.” Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berpisah talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan di antara mereka pada 14 Jun yang lalu. Selepas berpisah, Puter Sarah kemudiannya membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.