Teruk kena kritik dengan warganet sebab keluarkan koleksi tudung bendera Palestin, sekali ini penjelasan dari Vivy Yusof

Tindakan seorang usahawan terkemuka yang mengeluarkan koleksi produk bertemakan bendera Palestin telah kecoh diperkatakan di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun X dikenali sebagai arfdy12, dia telah berkongsi beberapa koleksi rekaan dari jenama dUCK berupa tudung, totebag dan juga mug. Namun, komen-komen yang diterima nampaknya kurang bersetuju dengan penjualan tersebut kerana menganggap apa yang dikeluarkan seperti mengambil kesempatan diatas isu yang sedang diperkatakan ramai.

Walau bagaimanapun, pemilik jenama dUCK, Vivy Yusof kini tampil memberi penjelasan berkenaan isu yang dikaitkan dengan koleksi tudung dan beberapa aksesori yang baru sahaja dikeluarkan jenama tersebut. Merujuk kepada penjelasan yang dikongsikan di Insta Story miliknya, dia mengatakan bahawa syarikatnya sama sekali tidak mengambil sebarang keuntungan yang diterima menerusi koleksi dUCK Palestin. Hasil daripada keuntungan penjualan koleksi tersebut akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan, Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu pihak hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di negara perang berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga mengatakan bahawa tiada pembayaran balik cukai terhadap jualan amal yang dibuat seperti yang didakwa warganet di media sosial kerana perkara tersebut sudah disahkan sendiri pihak VPM. Ujarnya, dia mengeluarkan semula koleksi-koleksi tersebut memandangkan ada permintaan daripada orang ramai yang mahu memakainya bertujuan untuk solidariti kepada negara terbabit. Ia sekali gus menjadikan dUCK sebagai salah satu medium untuk menyebarkan kesedantan tanpa mengambil sebarang keuntungan. Jadi, orang ramai bebas untuk menyalurkan sumbangan kepada mana-mana pihak dan pihak dUCK sendiri telah menyediakan maklumat akaun bank NGO yang berkaitan untuk pengguna media sosial melakukan kebajikan kepada saudara-saudara kita di Palestin.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.