Pihak Tabung Haji (TH) baru-baru ini memaklumkan bahawa kos bagi menunaikan ibadah haji berkemungkinan meningkat sehingga 11% pada tahun hadapan berbanding sebelum ini menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar. Tambahnya, peningkatan kos yang ketara tersebut adalah disebabkan keadaan ekonomi yang merosot pasca pandemik Covid-19. Selain itu, punca lain yang mendorong kepada peningkatan kos haji ini adalah disebabkan pelbagai faktor luaran yang tidak boleh dikawal sehingga ia secara tidak langsung mempengaruhi caj bayaran penginapan, pengangkutan, penerbangan, makan dan minum serta caj perkhidmatan lain.
Dalam masa yang sama, peningkatan kos haji pada setiap tahun akan meningkat sekitar 5% hingga 6% terutamanya dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana Arab Saudi telah menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT). “Disebabkan pandemik Covid-19, kenaikan dianggarkan dua kali ganda susulan peningkatan kadar inflasi serta situasi mata wang semasa” Bercakap di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M, sistem yang diguna pakai oleh kerajaan Arab Saudi juga telah berubah termasuklah permohonan visa.
Perubahan sistem ini juga secara tak langsung telah memberi kesan kepada peningkatan kos ibadah haji yang dijangkakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama akan meneruskan pemberian Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh jemaah daripada kumpulan B40 dan M40. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.