Tular pasal Syamsul Yusof dan Ira Kazar dah berpisah, sekali ini respon Datin Patimah

Industri hiburan Malaysia hari ini kecoh dengan khabar angin yang mendakwa pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sudah berpisah. Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Syamsul iaitu Patimah Ismail enggan mengambil tahu berhubung isu yang melanda rumah tangga anak lelakinya itu. “Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah. Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen.”

Patimah juga enggan mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan suaminya, Datuk Yusof Haslam yang mengatakan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah. “Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini.” Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Kemudian, pada 13 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana sah berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.