Bekas isteri muat naik gambar lama untuk tujuan promosi produk, sekali ini respon Hafidz Roshdi

Di TikTok, pelakon, Hafidz Roshdi tampil menegur bekas isterinya, Nurul Shuhada yang menggunakan foto lama mereka ketika masih bersama. Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Hafidz memohon Shuhada untuk segera menukar foto berkenaan atau memadam muat naik tersebut sebelum dia mengambil tindakan. “Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahu lah nak promote untuk tujuan apa. Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah.” Klik sini untuk lihat video.

Terdahulu, nama Shuhada menjadi sebutan kerana didakwa masih belum move on gara-gara berkongsi foto lama didukung jejaka dipercayai Hafidz dalam video promosi sebuah produk. Meskipun wajah jejaka tersebut ditutup dengan emoji, namun warganet mengkritik Shuhada belum boleh melupakan kisah silamnya bersama Hafidz. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, Shuhada telah memadam perkongsian tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.