Penyanyi popular era 80-an iaitu Roslan Madun gagal menahan air mata apabila diminta megulas mengenai perbahalan yang berlaku antara penyanyi Shila Amzah dengan adik-beradiknya. Roslan yang mempunyai hubungan baik dengan bapa kepada Shila yang juga penyanyi popular era-80, Datuk ND Lala berkata, dia sudah mengganggap keluarga itu seperti keluarganya sendiri. “Anak-anak dia (ND Lala) dah macam anak saya sendiri dah. Seperti keluarga sendiri. Klik sini untuk lihat video.
Mereka (adik beradik Shila) membesar depan mata saya juga. Saya lihat ketika mereka susah dan senang. Walaupun tidak berapa rapat dengan adik beradik yang lain, tapi Shila itu selalu kami pergi buat majlis bersama. Sebab Shila kan mula menyanyi daripada dia kecil. Saya dulu banyak persembahan di Pahang, kalau ada artis yang lambat sampai, Shila akan isi slot-slot kosong acara itu.” Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Lemak Manis itu berharap keluarga Shila dapat duduk berbincang dan menyelesaikan isu yang berlaku secara baik.
“Harapan saya, semoga mereka satu keluarga bertemu dan berjumpa bersama. Kerana itu jalan penyelesaian yang terbaik. Saya dan ND Lala masih berhubung. Tapi susah juga nak cakap lebih kerana isu itu tidak berlaku pada saya. Manusia ini mungkin dia sudah tidak tahu nak mengadu dekat mana itu yang luah di media sosial. Perkara pun dah berlaku. Saya doakan mereka berbaik, insya-Allah.” Terdahulu, kemelut antara Shila dan dua adiknya iaitu Syafiq dan Syada bermula apabila Syada mendakwa rumah banglo yang didiami mereka mahu dijual penyanyi berusia 33 tahun itu.
Shila kemudiannya membuat pengakuan bahawa dia ingin menjual rumah tersebut kerana mahu mencarikan kondominium baharu buat keluarganya. Walau bagaimanapun, adik lelaki Shila iaitu Syafiq menafikan kenyataan tersebut dengan mendakwa bahawa Shila bertindak sedemikian kerana wang. Tidak lama selepas itu, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman dilihat memuat naik hantaran mengatakan dirinya seolah-olah sudah tidak mengenali anaknya itu. Malah, Fauziah juga berkata dia tidak memaafkan tindakan anaknya itu yang mendedahkan hal keluarga kepada umum. Pun begitu, Fauziah dilihat memadam hantaran tersebut beberapa minit kemudian.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.