Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada pagi sabtu

Pelakon drama sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu. Perkahwinan antara dua pelakon tersebut dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham menerusi hantarannya di Instagram (IG). “Selamat pengantin baru abang Sabri Yunus dan kakak Ardini/Angeline Tan. Alhamdulillah, kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet mengucapkan tahniah selain menzahirkan rasa syukur kepada kedua mempelai. Untuk info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.