Sentiasa pertahankan menantu, rupanya ini sebab Datin Patimah sayangkan Puteri Sarah Liyana

Isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail terkenal dengan sikap penyayangnya yang sentiasa mempertahankan bekas menantu, Puteri Sarah Liyana walau apa saja situasi. Terbaru, Patimah sekali lagi menegaskan kepada individu ‘berhati hitam’ untuk tidak mempertikaikan mengapa dia terlalu sayangkan Puteri Sarah. Kata Patimah, aktres cantik itu merupakan ibu kepada dua cucu kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

“Jangan ada yang cemburu betapa kami kisahkan menantu kami, Puteri Sarah kerana dia ibu kepada cucu-cucu kami.” Dalam pada itu, Patimah menyatakan dia memahami perit yang dirasai pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila rumah tangga yang dibina diganggu Ira Kazar. “Kami merasa apa yang dirasai apabila melalui kehidupan ditinggalkan dan membawa diri bersama anak-anak.”

Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof brpisah talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu. Selepas berpisah, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.