Gara-gara mengenakan solekan tebal, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dikecam warganet. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), memaparkan pemilik nama Nurul Shuhada Mat Shukri sedang mempromosikan sebuah produk. Bagaimanapun, solekan tebal Shuhada telah menarik perhatian warganet sekaligus mengundang pelbagai komen berbaur sindiran. “Merah sangat pipi mcm kena penampar. Aku rasa lagi cntik dia tak make up. “Ya ampun pipi. “Memang kena tumpah blusher ke sis?” Klik sini untuk lihat video.
Ibu kepada dua orang anak ini kemudian tampil memberi respon terhadap salah satu komen tersebut. “Alamak kak, jaga-jaga takut saya ini, sebab blusher saya kot suami kakak follow saya. Tak apa saya pakai blusher je tumpah, saya tak kasi kasih sayang husband lain tumpah dekat saya. Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah berpisah pada 27 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.