Sakan menari atas pentas, tak sangka rupanya seluar Aishah koyak dekat celah kelengkang masa sebelum naik pentas

PENYANYI Datuk Aishah berdepan detik cemas apabila seluar yang dipakai ketika melakukan persembahan di pentas minggu kedua All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad terkoyak. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, lebih malang apabila seluarnya itu terkoyak di bahagian celah kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan. “Baju untuk persembahan ini bukan semua yang selesa, dah pakai cantik-cantik, tak boleh lasak-lasak. Malam tadi kru dah panggil suruh bersedia, sekali saya perasan seluar koyak betul-betul di celah kelengkang,” katanya.

Aishah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada pagi Isnin yang turut memaparkan pakaian yang dikenakan pada malam tersebut. Disebabkan kejadian itu, Aishah memaklumkan penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak dalam masa beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan. Namun kata Aishah, semua dalam keadaan terkawal dan bersyukur mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia bagi memastikan penampilannya dalam keadaan baik.

“Bahan baju saya itu lace, memang halus… Ambik kau terpaksa jahit celah kelengkang saya itu sambil berdiri. Tapi awak kena terima sahaja benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah selesai sahaja menjahit, terus ke belakang pentas untuk bersedia,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pendedahan tersebut. Malah mereka juga memuji persembahan penyanyi berkenaan yang dikatakan begitu menghiburkan. “Nasib baik dia koyak sebelum naik pentas. Tapi macam tak ada tempat lain dia nak koyak.

Datuk cantik sangat semalam. Persembahan pun seronok… menarik tak ingat dunia Datuk,” antara komen warganet. Pada minggu kedua All Stars Gegar Vaganza, Aishah tampil menyanyikan lagu Flashdance What A Feeling oleh Irene Cara. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.