Rasa gelisah masa nak keluar rumah, Zila Bakarin kongsikan perjalan hijrahnya

Pelakon Zila Bakarin akui dirinya berasa lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik sekitar tahun 2020. Menerusi perkongsian video di TikTok, Zila berkata dirinya terdetik untuk menutup aurat sepenuhnya selepas berlaku satu kejadian ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah. “Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang, rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah. Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi Allah. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa keluar tak ada seurat benang pun.

Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’, betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah, saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat.” Pada perkongsian yang sama, Zila mengakui perubahan itu berlaku secara spontan dan bukan paksaan daripada diri sendiri atau mana-mana pihak. “Ibaratnya saya hari ini adalah Zila Bakarin dulu. Esoknya itu saya ambil tudung dan pakai, Pelik kan, sebenarnya saya pun tak tahu. Benda itu tiba-tiba saja berlaku. Benda itu berlaku dengan saya tak terfikir pun tentang lepas ini tak ada job, orang ini tak suka, saya tak pernah fikir dan saya fikir ‘ouh aku nak berubah, nak berhijab, aku nak ubah semua yang dulu aku pernah buat, tak nak jadi macam dulu’.

Dan terus la benda itu jadi macam itu saja. Tak ada perkara atau benda yang boleh membuatkan saya ‘ouh kalau benda ini, aku nak pakai tudung’, tidak. Benda itu datang sendiri.” kata Zila bakarin. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.