Lahirkan bayi kembar enam dalam masa 10 minit, tak sangka seramai 32 pakar perubatan bekerjasam untuk sambut kelahiran bayi

SEORANG wanita melahirkan bayi kembar enam dalam masa 10 minit menerusi kaedah operasi, ketika usia kandungan mencecah 27 minggu. Quezia Romualdo dan suaminya, Magdiel Costa, 31, dari Brazil, mengetahui bahawa mereka akan menyambut kelahiran enam bayi pada April lalu. Teruja bakal menyambut ahli keluarga baharu yang ramai, pasangan berkenaan melakukan ubah suai kediaman agar lebih besar dan selesa. Pada petang Ahad lalu, Quezia selamat melahirkan keenam-enam bayinya.

Seramai 32 pakar perubatan termasuk doktor, jururawat, ahli fisioterapi, pakar bius dan pakar pediatrik bekerjasama menyambut kelahiran bayi-bayi Quezia. Meskipun pra-matang, namun kesemua enam bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat. Bayi-bayi itu diberi nama Theo, Matteu, Lucca, Henry, Eloa dan Mayte. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.