Tengah sarat hamil 7 bulan, Ayda Jebat luah kurang selesa kalau orang luar pegang perut dia

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang hamil tujuh bulan meluahkan rasa kurang senang apabila perutnya dipegang oleh segelintir individu. Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia tidak kisah sekiranya peminat menyentuh bahagian tangan atau bahunya ketika mengajak bergambar bersama, namun tidak pada bahagian perutnya. Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat, sejak hamil, dirinya menjadi lebih sensitif. “Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang luar tiba-tiba pegang-pegang perut mommies?

Saya minta maaf, saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya itu dah biasa, tapi tengah pregnant ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut saya. Nak tegur, tapi tak terkeluar pulak kata. Faham kadang-kadang acik excited, tapi…” Dalam masa sama, pelantun lagu Temberang itu turut bertanyakan pandangan pengikutnya tentang situasi yang dihadapi. Harap faham situasi saya dan terima kasih atas doa yang baik untuk saya dan baby, sudah memadai. Ada yang sambil pegang sambil ‘acik kalau kuis macam ini je dulu baby dah tendang, jap tunggu anak Ayda tendang tak..’ (saya muka dah petak). Korang rasa macam mana ya.”

Pada Julai lalu, Ayda dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua. Sementara itu, minggu lalu pasangan itu mengumumkan jantina anak kedua mereka adalah bayi lelaki dan dijangka bakal lahir pada hujung tahun ini. Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.