Pelakon wanita, Shakilla Khoriri, 34 meluahkan rasa geram apabila anaknya, Ameena Sofia didakwa dikasari seseorang sewaktu bergambar keluarga bersama bekas suami yang baru mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya. Menerusi laporan dari Mstar, Shakilla memaklumkan yang anak kepada isteri baru bekas suami dikenali sebagai Siti Zulaikha telah menekup mulut Ameena sewaktu bergambar bersama-sama. “Ini adalah benda-benda yang saya tak suka tengok… Sekeping foto yang dimuat baik memperlihatkan anak perempuan (isteri Fizi) menekup mulut anak saya. Sebagai seorang ibu saya tak senang tengok perkara itu malah ada bertanya kepada Fizi tapi dia masih belum balas,” katanya.
Ujar Shakilla lagi, dia sudahpun bertanyakan perihal tersebut kepada Fizi namun belum ada sebarang alasan dan jawapan daripada penyampai radio Hot FM. Dalam pada itu, pelakon drama Bisik Bisik Gelora berkenaan juga menyatakan bahawa bekas suaminya hanya memberitahu mahu membawa anak mereka ke taman tema air dan bukannya bernikah. “Saya pun terkejut tiba-tiba dia berkahwin… Semalam Fizi ada datang ke rumah dan sempat kami berbual panjang mengenai anak.
“Sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan dia sepatutnya berterus-terang pada saya… Saya tiada isu dia berkahwin cuma saya tidak tahu mahu cakap apa apabila orang bertanya,” ujarnya. Dia juga mengakui tahu bahawa Fizi sudah ada pengganti namun tidak diberitahu yang akan berkahwin dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, pelakon berkenaan tetap mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya dan isteri baru namun memberi amaran supaya tidak sekali-kali menyisihkan Ameena atau menyakitinya. “Saya harap sepanjang Ameena bersama Fizi dan keluarga baru, jangan sakiti anak saya! Jangan buat dia terasing sebab Ameena bila balik akan bercerita.
Kalau dia gembirakan anak, saya okay tapi kalau dia disakiti, dia perlu berdepan dengan saya,” katanya. Difahamkan, Fizi Ali atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 34 telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Zulaikha apabila memuat naik gambar pernikahan mereka di media sosial semalam. Untuk rekod, Fizi dan Shakilla pernah bergelar suami isteri pada 18 Februari 2018 dan berpisah pada Disember 2021. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.