Ramai yang nak tengok Sharnaaz dan Nabila bersama semula, sekali ini pula respon dari tuan badan

Video promosi satu produk berasaskan makanan yang dibuat oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila serta Jebat Jayden jadi perhatian warganet di media sosial. Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz, Nabila dan Jebat dilihat menjayakan babak untuk video pemasaran (marketing) bagi jenama makanan terkenal. Susulan perkongsian tersebut, wargamaya tidak henti mendoakan agar Sharnaaz, 39, dan Nabila kembali bersatu semula sebagai pasangan suami isteri. Ada juga segelintir yang menyifatkan jodoh di antara aktor dan kakak kepada Neelofa itu sangat kuat. Klik sini untuk lihat video.

“Tolong abang (Sharnaaz) bersatu semua dengan akak (Nabila). Nampak jodoh korang kuat sangat. “Kami sokong rujuk balik. “Get back la, saya suka tengok korang berdua.”Rujuk balik, janji bahagia. Ego tolak tepi. Bahagia sama-sama. Bagaimanapun, usahawan berumur 39 tahun itu mencelah di ruangan komen dengan memohon agar orang ramai mendoakan untuk kebaikan anak lelakinya sahaja. Kata Nabila, dia dan Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad sudah mengikut haluan masing-masing serta mempunyai kehidupan sendiri.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Kemudian, Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada 25 September lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.