Teruk kena kritik dengan warganet, tak sangka ini alasan influencer sebab tak kongsi pasal isu Palestin

Dapat dilihat konflik Israel-Palestin yang sedang tercetus ketika ini, ramai selebriti dan influencer memberanikan diri menyatakan solidariti masing-masing. Namun, ada juga yang lebih selesa mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruh mereka berkongsi tentang isu ini di media sosial. Perkara itu telah mengundang sindiran dan kritikan segelintir masyarakat kerana dilihat seolah-olah takut karier mereka musnah. Seorang influencer media sosial turut tidak terkecuali disoal warganet apabila dia tidak berkongsi mengenai isu ini di platform media sosialnya.

Influencer yang dikenali sebagai Syamimia baru-baru ini memuat naik sebuah video di TikTok bagi menjawab komen seorang pengikut yang meminta untuk menggunakan platform media sosialnya menyuarakan mengenai isu Palestin. Menurut Syamimia, dia berhasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa. Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

“Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya tuhan saja yang tahu. Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan kepada tabung-tabung yang sahih,” ujarnya. Bagaimanapun, warganet tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan kerana dianggap tidak berani menyatakan sokongan terhadap Palestin secara terang-terangan.

Namun, Syamimia tetap dengan pendiriannya dan menegur agar netizen tidak membuat sebarang andaian kerana tidak semua perkara perlu dikongsi di media sosial.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.