Rumahtangga ibu dan ayah jadi perbualan warganet, sekali Siti Hajaar tegaskan kedua ibu bapa tak pernah berpisah

Isteri kepada penyanyi MK K-Clique iaitu Siti Hajaar dilihat bersuara apabila rumah tangga arwah ayahnya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad bersama ibu, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain menjadi bahan bualan di media sosial. Menerusi akaun TikTok peminat Siti Hajaar iaitu siti.hajar.syeikh3, satu tangkapan skrin (screenshot) menunjukkan komen balas isteri MK terhadap seorang warganet. Siti Hajaar menegaskan kedua ibu bapanya tidak pernah berpisah seperti yang didakwa. Kata Siti Hajaar, orang luar lebih baik mendiamkan diri kerana boleh mengundang fitnah.

“Kalau kita tak tahu lebih baik kita diam, takut ia mendatangkan fitnah. Untuk pengetahuan semua, ibu saya dengan arwah bapa saya tidak pernah sekali berpisah.” Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada Siti Hajaar kerana memberi pencerahan. Selain itu, pengguna media sosial turut memohon diberi ruang kepada Siti Hajaar dan keluarga yang baru kehilangan insan tercinta. Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tak habis mempertikaikan gelaran ‘Datin Seri’ yang digunakan oleh pelakon, Noniswara.

Memetik laporan media pada Julai 2022, Noniswara menekankan dia bukan isteri kedua dan gelaran ‘Datin Seri’ tersebut sah digunakan sepanjang bergelar isteri kepada arwah suami. Pada Ahad lalu, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir, akibat strok, di sebuah pusat perubatan swasta. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.