Usia 10 tahun dah mula bekerja, tengah hangat pasal adik beradik kali ni Ubai dedah derita yang Shila Amzah tanggung selama ni

Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ tampil bersuara berhubung ‘drama’ melibatkan isterinya bersama adik beradiknya yang lain yang kini sedang ‘panas’ menjadi bualan ramai. Ubai berkata, isterinya terpaksa mengikut telunjuk keluarga semenjak dari kecil, termasuklah perkahwinannya yang pertama. Nama Shila menjadi ‘panas’ selepas hantaran dimuat naik adik perempuan Shila iaitu Syada Amzah  seakan-akan memberi gambaran bakal ‘dihalau’ keluar dari rumah yang didiami bersama keluarga.

Tidak cukup dengan itu, adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendakwa kakaknya itu cuba menjual rumah banglo yang didiami keluarga mereka pada ketika ini semata-mata untuk mendapatkan duit. Susulan itu, Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah mengakui dirinya sudah penat dan tidak menyangka keputusannya untuk menjual rumah yang didiami keluarga telah menimbulkan tohmahan tidak benar oleh adik-beradiknya sendiri. Malah, Shila juga tidak sangka dirinya ‘dicop’ sebagai seorang kakak sulung yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Shila, keputusan tersebut dibuat selepas ibunya, Fauziah Sarman bersetuju dengan hasratnya untuk menjual dan memilih kediaman yang bersesuaian dengan keluarganya. “Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah. Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,”katanya. Sementara itu, Shila juga mendedahkan segala kebenaran yang diceritakan oleh adiknya itu hanyalah rekaan dan kisah dongeng, selain pernah dilempang adiknya sendiri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.