Terjawab tentang spekulasi rumahtangga berantakan, Datuk Red pun datang Famili Duo untuk sokong Adira

KELIBAT suami penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu yang hadir pada konsert minggu ketiga Famili Duo musim ketiga (FD3) pada malam Ahad menjadi tumpuan ramai. Kehadiran Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red itu juga sekali gus melenyapkan spekulasi rumah tangga pasangan itu yang dikatakan berantakan sbelum ini. Pengacara program Izzue Islam yang sempat menyapa usahawan itu turut mengucapkan selamat berjaya buat Adira sebelum tampil membuat persembahan. “Good luck,” katanya ringkas.

Adira dan adik perempuannya iaitu Emma Suhaimi tampil dengan lagu Tiada Tangis Lagi nyanyian asal Ella dan Hukum Karma (Wings). Persembahan pasangan duo adik-beradik ini turut mendapat pujian juri tetap iaitu Ajai yang menyifatkan ia sebagai luar biasa dan bernas. “Idea yang saya tak pernah terfikir, tak semestinya tema rock kena pakai rock! “Sangat jelas, mudah untuk orang faham… Paling penting saya tak pernah lagi lihat persembahan seperti ini,” katanya. Sebelum ini Adira menerusi temu bual bersama menyangkal desas-desus mengatakan perkahwinannya dengan Datuk Red sedang berdepan dengan masalah.

Sebaliknya kata Adira, apa diperkatakan tentang rumah tangganya itu sebagai lumrah sebagai seorang selebriti. FD3 sedang bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Selain Adira, ia turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Shila Amzah dan Amir Syahir, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Sriff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.