Tak tahu diri sedang hamil, Zizi Kirana dedah kandungan tak dapat diselamatkan sebab hamil luar rahim

Penyanyi rap Zizi Kirana mendedahkan dirinya mengalami keggran cahaya mata sulung ketika di awal kehamilan sekitar akhir tahun 2021. Jelas Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia tidak menyangka dirinya sedang berbadan dua sehinggalah jatuh sakit. “Saya terkejut sebenarnya sebab tak tahu ketika itu sedang hamil, ketika itu pula tengah kerja tak berhenti. Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh… Kemudian ada teringin epal fuji merah. Bila Yusuf beli epal lain tak nak. Tapi layankan saja.

“Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok! Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Bila cuba ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami. Kemudian apabila dah buat appoinment doktor, hari esoknya terus ada drh keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital, doktor check ada pendrhn dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim,” kongsinya. Zizi ditemui pada pertunjukan fesyen Shanell Harun A Decade Wows & Veils di EQ Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu dia dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendrhn terlalu banyak.

“Dua kali saya masuk bilik operasi dan kena bius sebab terlalu banyak pendrhn. Saya memang tak sedar. Yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap; ‘Sayang kena hidup tau… saya tunggu kat luar’. Dia pun banyak tenangkan saya dan beri saya semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur,” ujar Zizi lagi. Bagaimanapun, Zizi memberitahu keadaan kesihatannya dan suami, pelakon Yusuf Bahrin dalam keadaan baik dan dia dinasihatkan agar kerap berehat sekiranya hamil dalam masa terdekat.

“Sejak kejadian itu, saya mengurangkan kerja agar tidak terlalu rapat. Biar ada rehat. Doktor pun nasihati saya rehat betul-betul kalau hamil lagi. Alhamdulillah, kami berdua tiada masalah pun cuma tiada rezeki,” tambah Zizi. Zizi dan Yusuf telah mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY). Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.